Bapa dikhuatiri lemas di Sungai Lebir selepas selamatkan anak

Bapa dikhuatiri lemas di Sungai Lebir selepas selamatkan anak

Lokasi mangsa dikhuatiri lemas selepas menyelamatkan anaknya di Sungai Lebir, Gua Musang. - IHSAN BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Seorang bapa dikhuatiri lemas selepas menyelamatkan anaknya yang hampir lemas semasa mandi di Sungai Lebir di sini, hari ini.

Mohamad Fakarudin Abdul Halim@Awang, 40, sempat menyelamatkan anaknya yang hampir lemas sebelum dia sendiri tenggelam dan dihanyutkan arus deras.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan l Nik Mohd. Fakri Md. Nawi berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 5.04 petang berkaitan kejadian tersebut sebelum seramai lapan anggota dan dua jentera ke lokasi kejadian yang terletak sejauh 64 kilometer dari Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang.

Katanya,  anggota bomba tiba di lokasi kejadian kira-kira pukul 5.30 petang sebelum mendapati seorang lelaki lemas ketika cuba menyelamatkan anaknya.

“Lelaki itu dikatakan menyelamatkan anaknya namun mangsa hanyut sehingga tidak dapat dikesan kerana pergerakan arus yang deras dan dalam.

“Mangsa masih gagal dikesan sebelum operasi mencari ditangguhkan ditamatkan kira-kira pukul 7.46 malam dan disambung semula pagi esok,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN