Lelaki rempuh medan selera ketika masuk tempat letak kereta OKU

Lelaki rempuh medan selera ketika masuk tempat letak kereta OKU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebuah kenderaan pacuan empat roda yang dipandu seorang lelaki dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh ke dalam medan selera majlis perbandaran di Jalan Kerja Air Lama, Ampang Jaya, kelmarin.

Dalam kejadian pukul 4.15 petang itu berlaku ketika pemandu tersebut sedang cuba memasuki petak tempat meletak kereta orang kurang upaya (OKU).

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Azam Ismail berkata, kenderaan jenis Toyota Fortuner itu dikatakan sedang bergerak masuk ke petak tempat meletak kereta, namun pemandu secara tiba-tiba menekan pedal minyak.

“Ia menyebabkan kenderaan itu merempuh masuk ke dalam kawasan medan selera dan melanggar beberapa peralatan di situ,” katanya dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun, Mohd. Azam berkata, kemalangan tersebut tidak membabitkan kemalangan jiwa.

“Hanya kerosakan kenderaan serta harta benda awam.

“Kes disiasat di bawah Kesalahan Peraturan 10 Kaedah-kaedah Lalulintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59),” jelasnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN