Lelaki mengaku bersalah samun guna parang, hukuman tangguh esok

Lelaki mengaku bersalah samun guna parang, hukuman tangguh esok

K. MURUGAN didakwa atas tuduhan melakukan samun bersenjata di Mahkamah Sesyen Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas dakwaan menyamun seorang lelaki bersenjatakan parang di Taman Dawani, Senai, Kulai minggu lalu.

Tertuduh, K. Murugan, 45, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Datuk Che Wan Zaidi Che Wan Ibrahim.

Walau bagaimanapun, mahkamah menangguhkan hukuman ke esok hari bagi membolehkan barang kes dikemukakan semasa prosiding.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Murugan didakwa menggunakan sebilah parang untuk merompak seutas rantai emas dan dua loket milik seorang mangsa berusia 22 tahun di hentian bas Jalan Bendahara, Taman Dawani, Senai, Kulai pada pukul 8.30 malam, 23 Mei lalu.

Dia didakwa di bawah Seksyen 397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 14 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Syafiqah Sha’ri, manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN