Lelaki hilang 15 jam ketika beriadah di Bukit Lagong ditemukan selamat

Lelaki hilang 15 jam ketika beriadah di Bukit Lagong ditemukan selamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang lelaki yang dilaporkan hilang hampir 15 jam ketika beriadah di Bukit Lagong, Gombak semalam ditemukan selamat.

Mangsa, Muhammad Daniel Zulkepli yang sesat ketika beriadah ditemukan orang awam hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pukul 6.08 petang semalam.

Menurutnya, jentera dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang dikerah ke lokasi kejadian.

“Laporan oleh komander operasi, terdapat seorang lelaki tempatan berusia 26 tahun dipercayai hilang semasa melakukan aktiviti mendaki bersama dua rakan mangsa.

“Mangsa dapat dihubungi kali terakhir pada 1.41 tengah hari semalam dimaklum oleh rakannya.

“Susulan itu, Pusat Kawalan Bencana (PKB) yang dibuka di lokasi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, mangsa bagaimanapun ditemukan oleh orang awam pada pukul 6.50 pagi tadi.

“Pasukan penyelamat dalam perjalanan ke lokasi terbabit bagi membawa mangsa turun dari bukit berkenaan,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN