Lelaki Bangladesh didakwa amang seksual remaja

Lelaki Bangladesh didakwa amang seksual remaja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga Bangladesh didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan di dalam lif, minggu lalu.

Tertuduh, Sohanur Rahman Anik, 23, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Mohd. Kafli Che Ali.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu terhadap mangsa bagi tujuan seksual di dalam dan luar lif sebuah unit apartmen di Jalan Sultan Haji Ahmad Shah dekat sini pada pukul 10.39 malam, 21 Mei lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Noor Shakira Aliana Alias tidak menawarkan jaminan atas alasan Sohanur merupakan warga asing dan tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

Tertuduh juga tidak diwakili peguam bela sepanjang prosiding berlangsung. Mahkamah tidak memberikan sebarang jaminan dan menetapkan 8 Julai depan untuk sebutan semula kes. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN