Kita tidak boleh ganti masa orang tengah cuti - PM

Kita tidak boleh ganti masa orang tengah cuti – PM

ANWAR Ibrahim ketika ditemui media selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Perdana Menteri bersama Warga Kerja JPM di Putrajaya. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR/PEMBERITA - SARA / REZA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA:  Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu, beliau masih belum memikirkan soal rombakan Kabinet memandangkan dua Menterinya, Datuk Seri Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad sedang bercuti.

Perdana Menteri berkata, secara asasnya, penggantian jawatan bagi jawatan Menteri Ekonomi dan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam itu tidak boleh dilakukan ketika pihak tersebut sedang bercuti.

“Belum, mereka masih cuti. Kita tidak boleh ganti orang masa tengah bercuti,” katanya ringkas ketika ditemui pemberita selepas Perjumpaan Perdana Menteri bersama Warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini hari ini.

Semalam, Anwar meluluskan permohonan cuti oleh dua anggota Kabinetnya itu selepas menerima surat permohonan cuti dan pengunduran sebagai anggota Kabinet daripada dua pemimpin PKR itu.

Menurut Pejabat Perdana Menteri, setelah meneliti permohonan tersebut, Perdana Menteri bersetuju meluluskan permohonan cuti kedua-dua menteri berkenaan dan sebarang keputusan lanjut terkait perkara ini akan dimaklumkan kemudian oleh Anwar.

Sebelum itu, Rafizi dan Nik Nazmi mengeluarkan kenyataan bahawa mereka sudah memberi surat pengunduran daripada Jemaah Menteri pada Anwar yang juga Presiden PKR.

Rafizi memaklumkan bahawa beliau akan bermula cuti esok sehingga 16 Jun, sementara Nik Nazmi pula bercuti sehingga 3 Julai ini.

Bekas Timbalan Presiden dan Naib Presiden PKR itu dilaporkan membuat keputusan tersebut selepas masing-masing gagal mempertahankan jawatan mereka dalam pemilihan parti sebelum ini.

Rafizi dan Nik Nazmi mengeluarkan kenyataan bahawa mereka sudah memberi surat pengunduran daripada Jemaah Menteri pada Anwar yang juga Presiden PKR. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN