Kilang sawit lepas efluen lebih had didenda RM30,000

Kilang sawit lepas efluen lebih had didenda RM30,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Padah melanggar syarat lesen di bawah Seksyen 18(1) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, sebuah kilang sawit di daerah ini didenda sebanyak RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen, di sini, semalam. 

Hukuman itu diputuskan Hakim Wan Suhaila Mohd. selepas wakil syarikat berkenaan membuat pengakuan bersalah atas pertuduhan yang dibacakan.

Mengikut pertuduhan, kilang sawit itu pada 9 September tahun lalu, didapati telah melakukan kesalahan dengan melepaskan efluen dengan kandungannya melebihi had-had yang ditentukan dalam syarat jadual pematuhan lesen yang dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) Terengganu.

Kilang itu telah melanggar syarat lesen yang melebihi had-had yang ditetapkan di dalam Jadual Pematuhan Lesen, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Premis Yang Ditetapkan)(Minyak Kelapa Sawit Mentah) 1977.

Sementara itu, Pengarah JAS Terengganu, Hamzah Mohamad berkata, semua pemegang lesen perlu mematuhi syarat lesen bagi mengelak dikenakan tindakan undang-undang.

“JAS tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang melanggar syarat lesen yang ditetapkan bagi menjamin kelestarian alam sekitar,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN