Kerana dia, anak, suami aku hilang - Nilam Ortiz - Utusan Malaysia

Kerana dia, anak, suami aku hilang – Nilam Ortiz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Isteri kepada pelakon, Azlan Komeng iaitu Nilam Ortiz menafikan dirinya adalah wanita berpurdah dalam video yang tular baru-baru ini.

Kongsi Nilam atau nama sebenarnya Nur Nilam Ortiz, dia menerima terlalu banyak fitnah daripada dan tidak akan memaafkan mereka yang memfitnahnya.

“Dari semalam terlalu banyak fitnah yang dilemparkan kepada aku, aku dan adalah orang yang sama.

“Demi Allah bukan aku dan secara rasminya aku tidak akan memaafkan sesiapa yang menulis, menambah, bercerita dan apa sahaja mengatakan itu aku.

“Aku orang yang jarang terasa sebab aku rockers (kasar), tapi kali ini hancur, siap lentok lagi,” katanya menerusi kapsyen hantaran akaun TikTok miliknya.

Hantaran itu menunjukkan Nilam membandingkan dirinya memakai purdah sama seperti wanita itu bagi menunjukkan perbezaan mata kedua-dua mereka.

Dalam pada itu, Nilam menjelaskan dia kehilangan anak dan suaminya disebabkan wanita itu yang sering mengganggu rumah tangganya.

“Kerana orang ini lah, anak aku hilang, suami aku hilang dan wahai penambah perisa dan pemfitnah, demi tuhan aku tidak akan maafkan. Terima kasih,” katanya.

Difahamkan, perkara itu mula tercetus apabila pemegang akaun TikTok Maizila Aini memuat naik video mesra bersama pelakon, Azlan Komeng serta mencuri perhatian warganet.

Menerusi video tersebut, ramai warganet memberikan komen bahawa perempuan memakai purdah itu adalah Nilam Ortiz kerana matanya yang seakan-akan sama dengan isteri pelakon itu.

“Kenapa hati saya rasa ini Kak Nilam, cuma versi purdah dan bercelak supaya mata lain,” kata warganet.

“Ini Nilam, mata pun sama,” kata pengguna lain.

“Kenapa aku tengok pandangan mata itu, mata Nilam, drama apakah ini?,” kata pengguna lainnya.

Kapsyen yang ditulis pada video tersebut menunjukkan wanita itu meluahkan rasa syukur apabila Azlan sentiasa ada di sisinya meski sibuk dengan pekerjaan, sekali gus dapat melepaskan rasa rindu kepada pelakon itu.

Terdahulu, Nilam mendedahkan dirinya bakal bercerai dengan pelakon lagak ngeri itu disebabkan oleh wujud orang ketiga dalam perkahwinan mereka. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya