Kelantan perlu kerjasama Pusat bangunkan industri REE

Kelantan perlu kerjasama Pusat bangunkan industri REE

MOHAMED FADZLI HASSAN 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kerajaan Negeri Kelantan memerlukan kerjasama kerajaan Pusat dalam usaha penerokaan dan memajukan industri nadir bumi (REE) di negeri ini.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Dr. Mohamed Fadzli Hassan berkata, ia berikutan terdapat sesetengah perkara yang memerlukan kerajaan negeri mengikuti prosedur ditetapkan oleh kerajaan Pusat.

“Jadi apabila kerajaan Pusat buka, kita ambil peluang dan dalam konteks Kelantan, kita mulakan dengan PMBK (Perbadanan Menteri Besar Kelantan) terlebih,” katanya selepas Mesyuarat Mingguan Exco Kerajaan Kelantan di Kompleks Kota Darul Naim, di sini hari ini.

Mohamed Fadzli berkata, usaha penerokaan REE akan dimulakan di kawasan yang tidak mempunyai masalah atau terkait dengan larangan melakukan sebarang penerokaan di kawasan hutan simpan dan kawasan sensitif alam sekitar (KSAS).

Katanya, kerajaan negeri telah mengenal pasti beberapa lokasi REE yang tidak mempunyai masalah untuk dilaksanakan penerokaan dengan dua daripadanya telah diluluskan kepada PMBK dengan kerjasama dua syarikat.

“Bagaimanapun lokasi-lokasi tersebut tidak boleh didedahkan kepada umum tetapi kita akan menandatangani satu perjanjian tidak lama lagi, dalam usaha penerokaan dan pembangunan REE di negeri ini. PMBK juga sedang berbincang dengan Lynas Malaysia Sdn. Bhd. untuk memulakan usaha berkenaan.

“Dalam masa yang sama, kerajaan Persekutuan juga perlu mempunyai hala tuju untuk pembangunan industri nadir bumi negara selepas daripada ini, termasuk ke mana mahu dibawa dan dipasarkan hasil REE yang diteroka dan dibangunkan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN