PETALING JAYA: Keadaan kesihatan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah yang kini dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) semakin baik.
Sumber IJN memaklumkan, baginda ketika ini masih berada dalam pemantauan doktor pakar.
“Masih belum dipastikan, bila baginda dibenarkan keluar daripada IJN memandangkan ketika ini masih berada dalam pemantauan,”katanya ringkas.
Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan Sultan Brunei, berada di IJN.
Perdana Menteri memaklumkan baginda berasa keletihan dan mengambil keputusan untuk berehat di sana. – UTUSAN