Pakar IJN sertai pasukan rawat Sultan Brunei

Pakar IJN sertai pasukan rawat Sultan Brunei

AZMEE GHAZI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Institut Jantung Negara (IJN) mengumumkan Ketua Kardiologi dan Pengarah Perkhidmatan Kegagalan Jantungnya, Datuk Seri Dr. Azmee Ghazi dipilih menyertai pasukan perubatan yang mengendalikan prosedur pembedahan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah.

IJN dalam satu kenyataan memaklumkan, pemilihan tersebut mencerminkan keyakinan terhadap kepakaran klinikal IJN, khususnya dalam rawatan kardiovaskular kompleks dan berprofil tinggi.

Menurut IJN, penglibatan pakarnya bersama pasukan perubatan khas Sultan Brunei itu turut mengukuhkan kedudukan institusi berkenaan sebagai pusat rujukan serantau bagi rawatan jantung bertaraf antarabangsa.

“IJN berbesar hati dapat menyumbang kepakaran perubatan pada tahap tertinggi dan mendoakan agar prosedur pembedahan Sultan Hassanal Bolkiah berjalan lancar serta dikurniakan pemulihan yang cepat,” katanya.

IJN menegaskan institusi berkenaan kekal komited membangunkan kepakaran perubatan tempatan yang memenuhi piawaian antarabangsa dan bersedia menyalurkan kepakaran itu di peringkat global apabila diperlukan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN