Karya seni dari bahan kitar semula cetus kesedaran alam sekitar

Karya seni dari bahan kitar semula cetus kesedaran alam sekitar

MOHD Ridhwan (kanan) bersama Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Dr. Mohd. Ali Mohd. Rustam melihat salah satu karya seni kitar semula yang dipamerkan di Galeri Seni 3D, Banda Hilir, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA : Sebanyak 30 karya seni kreatif berasaskan bahan kitar semula hasil ciptaan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) dipamerkan dalam Pameran Lukisan Seni Kitar Semula yang berlangsung di Galeri Seni 3D, Banda Hilir, di sini.

Pameran bertemakan Karya Kreativiti Hijau: Melestarikan Alam Melalui Seni itu merupakan usaha kolaborasi antara World Youth Foundation (WYF) dan beberapa Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) termasuk Kolej Komuniti Jasin, UiTM serta Institut Perguruan Perempuan Melayu Melaka.

Pengerusi WYF, Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali berkata, program ini bertujuan mencungkil bakat seni dalam kalangan belia di samping mendidik masyarakat mengenai kepentingan amalan kitar semula melalui pendekatan visual dan kreatif.

Menurutnya, pendekatan melalui seni memberi ruang kepada golongan muda untuk menyampaikan mesej penjagaan alam sekitar dengan cara yang lebih berkesan dan menarik.

“Kami mahu membuktikan bahawa seni bukan hanya untuk dipamerkan, tetapi juga boleh menjadi medium kesedaran alam sekitar yang berkesan.

“Golongan belia hari ini perlu didedahkan dengan pendekatan kreatif seperti ini supaya mereka lebih prihatin terhadap isu pencemaran dan penggunaan semula bahan buangan,” katanya kepada pemberita.

Menurut beliau, pameran ini merupakan kesinambungan daripada bengkel dan pertandingan seni kitar semula yang telah dijalankan di peringkat kolej komuniti sebelum ini.

Katanya, WYF akan terus memperluaskan program berkonsepkan seni hijau ke seluruh negara dengan kerjasama pelbagai agensi bagi menyemai budaya kelestarian di kalangan generasi muda.

Pameran tersebut turut disertai pelbagai agensi pendidikan dan kebudayaan termasuk Jabatan Pendidikan Negeri Melaka, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) serta institusi akademik tempatan.

_TAMAT_

GAMBAR 1 – MOHD Ridhwan (kanan) bersama Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Dr. Mohd. Ali Mohd. Rustam melihat salah satu karya seni kitar semula yang dipamerkan di Galeri Seni 3D, Banda Hilir, Melaka.

GAMBAR 2 – PENGUNJUNG tidak melepaskan peluang menyaksikan hasil karya seni berasaskan bahan kitar semula yang dipamerkan sempena Pameran Lukisan Seni Kitar Semula di Galeri Seni 3D, Banda Hilir, Melaka. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya