PETALING JAYA: Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munim mengemukakan pencalonan Ketua Angkatan Muda (AMK) bagi sesi pemilihan PKR kali ini. Setakat pukul 2.30 petang tadi, belum ada mana-mana individu lain yang mencabar jawatan itu yang disandang oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli itu. Sebelum ini, Timbalan Ketua AMK itu menawarkan diri bertanding jawatan tersebut bagi memperkukuh sayap PKR, selain proses ‘regenerasi’ bermula daripada akar umbi. Menurutnya,…










