Kalau jodoh sampai di sini, saya reda - Nora Ariffin

Kalau jodoh sampai di sini, saya reda – Nora Ariffin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Penyanyi, Datuk Nora Ariffin, 52, reda dengan segala keputusan yang bakal ditentukan oleh Mahkamah Rendah Syariah Petaling bagi sebutan pertama perceraian bersama suami, Dr Rushdi Ramli, hari ini.

Tampak tenang, Nora yang polos mengenakan persalinan serba putih itu berharap dirinya dapat memulakan kehidupan baharu dan keluar daripada persekitaran toksik.

“Kalau jodoh sampai di sini, saya terima dengan reda. Saya mahu mulakan hidup baru dan keluar daripada persekitaran yang toksik selain ingin membersihkan nama, itu paling penting.

“Kami ada berjumpa sebelum ini tetapi tidak berbincang tentang hal perceraian kerana mahu menunggu hari ini tiba dan biarkan dia yang membuat keputusan dengan rela hati.

“Dia juga tahu apa yang saya mahu. Kami tak bergaduh cuma berjanji selesaikan dengan cara baik,” katanya.

Hari ini, Nora tiba di perkarangan mahkamah ditemani peguam yang mewakilinya, Sarah Mohd. Ali dan kakak angkatnya, Rafeah Ariffin.

Dalam masa sama, penyanyi lagu Di Persimpangan Dilema itu juga tidak meletakkan sebarang jangkaan berhubung prosiding hari ini daripada suaminya.

“Saya pun tak tahu, kalau nak teruskan, banyak cabaran, benda lain dan tak mahu melalui banyak perkara sama.

“Saya serahkan kepada pihak mahkamah
Saya tak berani nak jangka apa sebab tak pernah melalui situasi ini.

“Segala keputusan yang saya dengar kejap lagi, saya akan terima dengan hati terbuka dan berlapang dada,” katanya lagi.

Sementara itu, Dr. Rushdi pula enggan memberi sebarang komen lebih lanjut sehingga prosiding hari ini selesai.

“Saya tidak mahu beri sebarang komen sehingga proses perbicaraan selesai. Saya akan nyatakan pendirian saya di hadapan hakim nanti dan biarkan pihak mahkamah yang tentukan.

“Tentang lafaz cerai, saya tidak boleh beritahu. Sesiapa pun bertanya, saya tidak jawab,” jelasnya.

Pada 21 April lalu, Nora hadir ke mahkamah yang sama bagi memfailkan permohonan cerai terhadap suami, Dr. Rushdi Ramli selepas gagal menemui titik penyelesaian terhadap kemelut rumah tangganya.

Terdahulu, Nora mengesahkan sudah bergelar isteri kepada Dr. Rushdi yang juga Pensyarah Kanan, Jabatan Fiqh dan Usul, Universiti Malaya pada tahun 2021.

Sebelum itu, penyanyi itu pernah mendirikan rumah tangga dengan komposer, Allahyarham Johan Nawai pada 1992 dan dikurniakan empat cahaya mata.

Namun, Johan meninggal dunia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun akibat serangan jantung. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN