PETALING JAYA: Meskipun seronok menikmati percutian bersama keluarga tersayang, pelakon, Datin Atikah Suhaime mendedahkan mereka berdepan dengan gangguan mistik di villa agam sekitar Janda Baik, Pahang.
Menurut Atikah, entiti tersebut telah menyerupainya untuk mengendong puteri kesayangannya, Lyla Mulan Ten dan mengganggu suaminya, Datuk Lokman Teh.
“Kalau bukan saya dan pembantu yang gendong, ada ‘yang lain’ gendong. Suami cerita dia kena kacau.
“Pukul 4 pagi, suami dengar saya cakap dengan dia nak gendong Mulan sambil jalan-jalan dekat luar. Suami saya pelik sebab tengok jam pukul 4 pagi.
“Peha dia kena tindih dengan ‘benda’ itu dan ‘benda’ tu nak ambil Mulan. Semasa itu saya di tandas. Nasib baik selepas saya keluar tandas ‘benda’ tu hilang dan suami terus boleh bangun,” katanya.
Atikah berkongsi perkara itu selepas dirinya ditegur netizen kerana kerap mengendong anaknya meskipun si kecil itu dalam keadaan baik.
“Anak bila diam, jangan biasakan digendong. Nanti dia terbiasa nak berdukung,” komen individu terbabit.-UTUSAN