Kadar pengangguran turun bukti pasaran buruh Pulau Pinang kukuh

Kadar pengangguran turun bukti pasaran buruh Pulau Pinang kukuh

CHOW KON YEOW
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Kadar pengangguran yang rendah iaitu sebanyak 2.2 peratus pada 2024 membuktikan bahawa pengukuhan pasaran buruh di Pulau Pinang adalah selaras dengan pertumbuhan ekonomi negeri yang mampan.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, kadar penyertaan tenaga buruh (KPTB)  di Pulau Pinang juga kekal memberangsangkan iaitu pada kadar 73.2 peratus sekaligus menggambarkan keyakinan rakyat terhadap peluang pekerjaan di negeri ini.

“Hari Pekerja melambangkan solidariti dan ketahanan umat manusia dalam arus pembangunan ekonomi serta manusiawi.

“Tema Hari Pekerja tahun ini iaitu ‘Pekerja Kesuma Bangsa’, adalah amat bertepatan dengan realiti bahawasanya para pekerja merupakan asas kepada kukuhnya sesebuah ketamadunan dan bangsa yang maju, inklusif serta berdaya tahan,” katanya dalam perutusan sempena Hari Pekerja di sini, hari ini.

Menurut Kon Yeow, Pulau Pinang juga terus memperkukuhkan kedudukannya sebagai hab pelaburan dan inovasi teknologi utama negara, khususnya dalam sektor elektronik dan semikonduktor.

“Pada tahun 2024 sahaja, Pulau Pinang telah merekodkan pelaburan pembuatan yang diluluskan berjumlah RM17.3 bilion yang melibatkan 182 projek dan membuka hampir 16,254 peluang pekerjaan,” ujar beliau.

Tambah Kon Yeow, kerajaan negeri kekal komited memperjuangkan kebajikan pekerja melalui dasar inklusif dan pembangunan sektor digital, hijau dan teknologi pintar demi memastikan pekerja kekal relevan dan berdaya saing.

Dalam pada itu, beliau turut menyeru majikan agar mengekalkan hubungan harmoni dan adil bersama pekerja kerana kesejahteraan tenaga kerja adalah tunjang kejayaan sesebuah organisasi.

“Kejayaan jangka panjang sesebuah organisasi bukan sahaja bergantung kepada keuntungan, tetapi juga kepada kesejahteraan serta kebahagiaan tenaga kerja mereka. 

“Jadi, marilah kita terus berganding bahu, memperkukuh semangat muafakat dan memperjuangkan masa depan yang lebih cerah untuk semua pekerja di negeri Pulau Pinang,” katanya. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya