JPJ Melaka siasat tiga individu naik kenderaan mikromobiliti

JPJ Melaka siasat tiga individu naik kenderaan mikromobiliti

TANGKAP layar klip video tular memaparkan tiga individu yang menaiki kenderaan mikromobiliti atas jalan raya di Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyiasat tindakan tiga individu yang menaiki kenderaan mikromobiliti atas jalan raya seperti dalam klip video berdurasi 18 saat yang tular, baru-baru ini.

Timbalan Pengarah JPJ Melaka, Khairul Aswad Abdul Halim berkata, tindakan sedemikian merupakan kesalahan serius dan boleh membahayakan nyawa pengguna jalan raya lain.

“Kami memandang serius isu ini dan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana individu yang melanggar undang-undang. 

“Perbuatan menunggang kenderaan mikromobiliti seperti e-skuter dan hoverboard atas jalan raya melanggar Seksyen 54 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Tambah Khairul Aswad, jika disabitkan kesalahan, pesalah boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara sehingga tiga bulan atau kedua-duanya sekali.

“Perintah Larangan Kenderaan (Penggunaan Jalan) (Pindaan) 2021 yang berkuat kuasa sejak 17 Disember 2021 jelas menyatakan bahawa beberapa jenis kenderaan mikromobiliti tidak dibenarkan di jalan awam.

“Antara yang dilarang termasuk e-skuter, hoverboard, monowheel, segway dan basikal elektrik tanpa kelulusan jenis,” katanya.

Katanya, semua kenderaan itu hanya boleh digunakan di kawasan khas seperti taman rekreasi, laluan khas atau kawasan persendirian sahaja. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya