JHEAIK rakam keterangan pendakwah isu solat Jumaat

JHEAIK rakam keterangan pendakwah isu solat Jumaat bersama bunian

Tangkap layar video pendakwah terkenal dalam satu majlis, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) selesai mengambil keterangan seorang pendakwah terkenal berhubung video tular mendakwa seorang ulama menunaikan solat Jumaat bersama makhluk bunian di tengah laut.

Menurut Pengarah JHEAIK, Datuk Abd. Ghani Zainudin, sesi soal siasat dijalankan pada pukul 10 pagi hari ini dan dihadiri oleh pendakwah terbabit dengan dikendalikan oleh Timbalan Pengarah JHEAIK, Datuk Syeikh Ismi Anuar Abdul Halim.

“Pendakwah berkenaan mengakui ada menyampaikan kenyataan itu pada 11 November 2023 dalam satu majlis ilmu. Kertas siasatan telah lengkap dan akan diserahkan kepada Jabatan Mufti Kedah untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Abd. Ghani berkata, Jabatan Mufti Kedah akan memutuskan tindakan sewajarnya ke atas pendakwah itu, susulan kenyataan berkenaan, berikutan hanya jabatan itu mempunyai kuasa untuk melaksanakannya.

“JHEAIK menasihatkan mana-mana pendakwah agar tidak membuat kenyataan yang boleh mengelirukan dan mendatangkan kegusaran awam khususnya umat Islam,” katanya.

Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan, JHEAIK menjalankan siasatan terhadap pendakwah terlibat berkaitan video ucapannya.

Video berdurasi 1.31 minit itu tular dalam media sosial sejak minggu lalu, dengan tajuk ‘Paksu Mid solat Jumaat bersama bunian’ dipercayai dirakam dalam satu majlis ilmu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya