Jessie J pilih Amsyar Lee, lolos episod pertama Sing Asia - Utusan Malaysia

Jessie J pilih Amsyar Lee, lolos episod pertama Sing Asia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi, Amsyar Lee, berjaya melepasi episod pertama program realiti China, Sing Asia.

Amsyar atau Muhammad Amir Syafiq Mohd Sadri, 26, membawakan lagu Cinta nyanyian asal Marsha Milan mengalahkan pencabar terdekatnya, Yang Run Ze dengan 20 undian.

Undian tersebut termasuklah satu mata daripada juri utama, penyanyi antarabangsa, Jessie J manakala 19 yang lain daripada pemilihan juri dalam talian.

“Saya fikir persembahan itu menakjubkan. Cuma kalau boleh saya nak awak bergerak atas pentas, nampak kaku tadi.

“Gunakan pentas ini dan tunjukkan kuasa awak. Awak ada aura ala-ala Freddie Mercury.

“Saya sangat suka Malaysia, saya fikir awak kena meraikannya,” kata Jessie J.

Menyifatkan Amsyar mempunyai suara yang unik, para juri turut menyamakan Amsyar dengan seorang penyanyi China, Zhou Shen.

Terdahulu, Amsyar melalui proses saringan secara tertutup namun tidak meletakkan sebarang harapan tinggi.

Bagaimanapun, pihak produksi Sing Asia merasakan Amsyar mempunyai suara yang unik sebagai seorang lelaki membuatnya terpilih sebagai peserta.

Sing Asia merupakan program nyanyian yang bertujuan mencari dan mengasah bakat penyanyi muda di Asia.

Menariknya, program ini diadakan di atas kapal persiaran mewah yang akan berlayar di Okinawa (Jepun), Ha Long Bay (Vietnam), Singapura, Klang (Malaysia), sebelum kembali ke Hong Kong.

Selain Jessie J, nama besar lain yang turut terlibat dalam rancangan ini ialah penyanyi pop China Zhang Liangying, ikon pop Jepun Kudo Shizuka, dan pemenang empat Anugerah Golden Melody, Tanya Chua. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN