PETALING JAYA: Seorang jemaah haji Malaysia dari Kelantan meninggal dunia di Tanah Suci awal pagi ini akibat serangan jantung.
Mangsa, Abdullah Mat, 59, disahkan meninggal dunia di Hospital Jiwar, Jabal Omar, kira-kira pukul 6.45 pagi (waktu tempatan).
Allahyarham merupakan jemaah dari Maktab 89A dan menginap di Abraj Al Janadriyah.
Difahamkan, mangsa ditemani isterinya, Sarifah Hassan sepanjang perjalanan menunaikan ibadah haji.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd. Na’im Mokhtar dalam satu kenyataan, merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham serta memaklumkan bahawa pihak Tabung Haji akan menguruskan pelaksanaan badal haji bagi pihak arwah dan menyempurnakan segala urusan berkaitan dengan sebaiknya.
“Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan para solihin,” katanya. – UTUSAN