Jangan terpedaya, laman web palsu STR

Jangan terpedaya, laman web palsu STR

TEO NIE CHING
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Orang ramai diingatkan supaya tidak sewenang-wenangnya mempercayai sebarang pautan yang mendakwa sebagai laman web kerajaan, terutamanya jika alamat tidak berakhir dengan .gov.my.

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata, pihak tidak bertanggungjawab kini aktif menyebarkan pautan palsu kononnya membolehkan pengguna menyemak status Sumbangan Tunai Rahmah (STR) menerusi laman web meragukan yang disebarkan melalui WhatsApp dan media sosial.

“Ini satu penipuan, scammer sedang menyebarkan pautan palsu untuk memperdaya orang ramai,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Sebelum ini, pada 19 April lalu, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil turut memberi peringatan agar orang ramai lebih berwaspada terhadap mesej palsu berkaitan bantuan STR yang disebarkan menerusi WhatsApp.

Menurut beliau, mesej yang mengandungi pautan tidak sahih itu berisiko digunakan oleh sindiket pelaburan dalam talian tidak wujud atau scammer bagi mencuri akses ke aplikasi WhatsApp milik pengguna. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya