‘Jangan Kena Scam’ beri kesedaran mahasiswa jenayah kewangan

‘Jangan Kena Scam’ beri kesedaran mahasiswa elak jenayah kewangan

WONG Ing Fung (tengah) ketika merasmikan program Jangan Kena Scam di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Program ‘Jangan Kena Scam’ mendedahkan golongan mahasiswa kini tidak terkecuali menjadi sasaran sindiket penipuan kewangan termasuk atas talian bagi mengaut keuntungan mudah.

Ketua Pusat Sains Pengajian dan Pendakwaan Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Wong Ing Fung berkata, program itu sebagai langkah strategik mendekatkan mahasiswa kepada isu keselamatan negara khususnya membabitkan kes penipuan siber.

Katanya, program penganjuran Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM) itu telah berjaya membuka mata warga kampus terhadap taktik licik sindiket penipuan.

“Kita mahu mahasiswa bukan sekadar berilmu, tetapi turut peka terhadap ancaman jenayah semasa serta mampu menjadi ejen perubahan di tengah masyarakat.

“Inisiatif seumpama ini wajar diperluaskan ke institusi pengajian tinggi lain dalam usaha melahirkan generasi muda berdaya tahan dan bertanggungjawab.

“Kerjasama bersepadu antara institusi pengajian, agensi penguat kuasa dan sektor kewangan amat penting dalam memperkasa pendidikan keselamatan serta mewujudkan komuniti yang cakna terhadap jenayah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, penganjuran tersebut mencerminkan komitmen UKM, PDRM dan ABM dalam memperkukuhkan kerjasama menangani isu keselamatan secara holistik sejajar dengan usaha kerajaan membanteras jenayah dalam era digital.

Program yang berlangsung semalam merupakan sebahagian daripada ‘Treasure Hunt’ Cabaran Kesedaran Jenayah membabitkan seramai 240 pelajar pascasiswazah Pengajian Kepolisan, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK).

Program itu turut menampilkan ceramah pendedahan oleh ABM yang membongkar modus operandi scammer termasuk penipuan pekerjaan, pelaburan palsu dan penyamaran sebagai pihak berkuasa.

Pelbagai aktiviti lain turut diadakan antaranya pameran keselamatan oleh jabatan-jabatan PDRM, senamrobik serta permainan cabaran keselamatan yang menguji tindak balas, pengetahuan dan kepekaan peserta terhadap jenayah siber dan ancaman keselamatan.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN