GOPENG: Penyanyi terkenal, Datuk Jamal Abdillah menerima tempahan 100 ekor lembu untuk sembelihan korban pada Hari Raya Aidiladha tahun ini menerusi ladang yang diusahakan di Bukit Merah. Menurutnya, sejak memulakan perniagaan ternakan lembu iaitu Jamal Abdillah Farm (JAF) tiga tahun lalu, sambutan pembeli terhadap ternakan yang diusahakannya sangat menggalakkan. “Sebanyak 100 ekor lembu saya telah habis ditempah menjelang Hari Raya Aidiladha. Harga purata seekor lembu RM5,950 dengan mengambil kira satu…