Jadikan program seni persembahan teater medium perpaduan

Jadikan program seni persembahan teater medium perpaduan

Sakrani Shamsudin (duduk, berkot )bersama barisan kepemimpinan Persatuan Teater Malaysia sesi 2025-2026:
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Teater dan aktiviti lain seperti kesusasteraan, kebudayaan dan dan kesenian akan dijadikan medium yang boleh menyatupadukan rakyat Malaysia di bawah konsep Malaysia Madani.

Itu azam Persatuan Teater Malaysia yang mahu supaya aktiviti bercorak sastera dan seni disuburkan supaya menjadi wadah perpaduan rakyat.

Presidennya Sakrani Shamsudin berkata, pemilihan barisan kepemimpinan persatuan tersebut yang terdiri daripada pelbagai kaum menunjukkan pasukan terbaik bagi merealisasi harapan tersebut yang akan dilaksanakan bermula tahun ini.’

“(Barisan kepemimpinan) ahli jawatankuasa (AJK) yang terpilih terdiri dari pakar ilmuan, pakar industri dan pengamal teater.

“ Adalah menjadi harapan saya sebagai Presiden, AJK yang dipilih oleh ahli-ahli persatuan merupakan pilihan yang terbaik dan semestinya perlu melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang diberikan oleh penggiat seni teater ini, “ ujarnya selepas terpilih semula sebagai presiden persatuan berkenaan dalam Mesyuarat Agung Tahunan persatuan tersebut yang diadakan di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di sini baru-baru ini.

Mesyuarat tersebut dirasmikan oleh Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Hazami Jahari.

Sakrani yang merupakan pengamal teater sepenuh masa dan telah memimpin persatuan selama 10 tahun sebelum ini, turut melahirkan kesyukuran dengan pemilihan semula beliau dan menyifatkannya sebagai amanah dan tanggungjawab

Beliau berkata, mengurus dan mentabir pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bukanlah tugasan mudah tambahan pula dilaksanakan tanpa gaji dan imbuhan, tetapi beliau berazam meletakkan teater sebagai medium yang boleh mendidik, berkomunikasi, terapi dan perpaduan untuk masyarakat

Katanya, beliau dengan dibantu AJK pelbagai kaum akan berusaha secara berterusan tanpa sepadan bagi menjadikan produk teater boleh bersaing dan menjadi sebuah industri yang dapat meningkat ekonomi khasnya buat aktivis seni dan amnya negara.

“Persatuan turut menyokong konsep Malaysia Madani, justeru itu kami akan terus mengangkat, memartabatkan dan melestarikan seni teater sebagai sebuah medium yang boleh menyatupadukan masyarakat di negara ini dan ingin melihat dan menghasilkan produk teater sebagai penyumbang ekonomi negara, “ ujar beliau.

Sementara itu Hazami dalam ucapannya berharap supaya persatuan persatuan seni, kebudayaan dan bahasa berdikari mencari dana membiayai kos penganjuran sebarang program dan tidak terlalu berharap sangat kepada sumbangan kerajaan.

Beliau berkata, pemimpin persatuan yang diberi tanggungjawab perlu menjalankan amanah yang diberikan sebaiknya bagi membalas kepercayaan ahli.

Barisan kepemimpinan Persatuan Teater Malaysia sesi 2025-2026:

Presiden: Sakrani Shamsuddin
Timbalan Presiden: Mohamad Letfee Ahmad
Naib Presiden 1: Siti Rohayah Atan
Naib Presiden 2: Dr. Ferri Anugerah Makmur
Setiausaha Agung: Dr. Mardiana Ismail
Penolong Setiausaha Agung: Nur Alyssa Dania Kamarul Bahrin
Bendahari Agung: Kencana Wati Md Yusoff

Ahli Jawatankuasa:
Haslinaz binti Hanapi
Sindu a/p Ramasundran
Rudy Irwan Shukaime
Marzelan Md Jusoh
Zaifri Husin
Helmi bin Hashim
Saifuddin Saiful Bahri
Ahmad Salman Zamri
Aris Othman
Goh You Ping

Juru Audit
Ahmad Nadzlee Fitri Mohammad
Maslinah Yusof

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN