Itu adik ipar aku - Khai Bahar nafi dakwaan liar - Utusan Malaysia

Itu adik ipar aku – Khai Bahar nafi dakwaan liar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi, Khai Bahar, 31, berang apabila dirinya difitnah susulan tular gambarnya bersama seorang lelaki di platform X.

Khai atau Muhammad Khairul Baharuddin menyifatkan dakwaan yang dilemparkan sangat keterlaluan di samping mengingatkan orang ramai untuk tidak menuduhnya secara membuta-tuli.

“Tolong siasat sebelum nak cakap. Itu adik ipar aku! Benaklah komen-komen pun.  Anda semua buat spekulasi.  Jom jumpa aku dulu, kita minum kopi siasat depan-depan,” katanya dalam laman media sosial X, hari ini.

Tambahnya, dia sering dibantu oleh ahli keluarga dalam urusan kerja dan peribadi.

“Aku ini keluarga banyak tolong kalau nak pergi mana-mana. Kalau kerja pun abang kandung aku jadi pembantu peribadi,” katanya.

Penyanyi lagu Luluh itu turut berasa kecewa dengan tuduhan berkenaan dan memberi amaran agar perkara itu tidak diperbesarkan sehingga menjejaskan nama baiknya.

“Aku maafkan yang memfitnah sebab anda tak kenal aku. Dan tak payah lah kenal aku. Tak penting pun.

“Terima kasih atas tuduhan-tuduhan. Jangan sampai benda ni makin menjadi-jadi ya.” katanya.

Terdahulu, sebuah akaun hiburan yang memuat naik video pendek selfie memaparkan Khai bersama seorang lelaki dalam sebuah kereta, sehingga mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan pengguna media sosial. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya