PETALING JAYA: Amaran ribut petir dan hujan lebat dijangka melanda 12 negeri sehingga pukul empat petang ini.
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) berkata, antara-negeri negeri terlibat adalah Perlis, Pulau Pinang, Melaka dan Johor.
Selain itu, hujan lebat di Kedah dijangka tertumpu di (Langkawi, Yan, Kuala Muda, Baling, Kulim dan Bandar Baharu), manakala Perak dijangka membadai kawasan (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak).
“Cuaca buruk itu turut melanda seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
“Bagi Kelantan, melibatkan kawasan (Pasir Mas, Jeli, Tanah Merah, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai), manakala Terengganu (Besut dan Setiu),” kata MetMalaysia.
MetMalaysia memaklumkan di Sarawak kawasan yang terlibat adalah Limbang (Lawas).
Amaran sama dikeluarkan di Sabah melibatkan daerah Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu dan Beaufort) dan Pantai Barat (Papar). – UTUSAN