‘Hormati arwah abang, henti tular video kemalangan’

‘Hormati arwah abang, henti tular video kemalangan’

ALLAHYARHAM Daud Abd. Razak
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NIBONG TEBAL: Orang ramai diminta tidak menularkan video kemalangan maut membabitkan dua individu selepas motosikal yang ditunggang mereka bertembung sesama sendiri di Jalan Sungai Kechil berdekatan Jawi Golf Resort di sini, tengah malam tadi.

Adik kepada salah seorang mangsa, Siti Mariam Abd. Razak, 38, berkata, dia terkilan video kejadian yang menimpa arwah abangnya, Daud Abd. Razak, 44, tular di media sosial. 

“Kami masih bersedih apatah lagi melihat video di lokasi kejadian yang memaparkan keadaan abang yang sedang meronta-ronta kesakitan.

“Jadi, kami minta hentikan tular video tersebut dan janganlah (buka) aib arwah abang. Hormat perasaan keluarga terutama isteri dan dua anak arwah ketika ini,” katanya.

Allahyarham Daud merupakan anak ketiga daripada sepuluh beradik dan bekerja sebagai juruteknik di sebuah kilang di Bayan Lepas.

Tambah Siti Mariam, mereka sekeluarga masih menunggu bedah siasat selesai dijalankan di Hospital Sungai Bakap (HSB).

“Jenazah akan dibawa pulang dan dikebumikan dekat kediaman ibu di Masjid Teluk Ipil, Nibong Tebal sejurus semuanya selesai nanti,” katanya.

Terdahulu, dua lelaki maut selepas motosikal mereka bertembung sebelum terbakar di Jalan Sungai Kechil kira-kira pukul 12 tengah malam tadi.

Difahamkan, mangsa yang berusia dalam lingkungan 40-an maut di lokasi kejadian manakala seorang lagi meninggal dunia di HSB akibat kecederaan parah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya