PETALING JAYA: “Tak perlu sempurna. Cukup sekadar doa dari ibu, sokongan dari ayah dan gelak tawa dari adik-beradik. Itu lebih dari segalanya.”
Demikian kata pelakon, Fattah Amin yang menyifatkan kehidupannya kini lebih sempurna di samping keluarga tercinta.
Syukur mempunyai keluarga yang sering menjadi tulang belakangnya, Fattah juga sempat menzahirkan ucapan terima kasih kepada orang ramai yang menyokong perniagaannya.
“Terima kasih kepada semua yang sentiasa percaya, sokong dan beli dari kami,” tulisnya menerusi sebuah hantaran di TikTok.
Menerusi hantaran sama, Fattah turut berkongsi momen ketika ahli keluarganya tampil menunjukkan sokongan kepadanya sewaktu menjual tudung menerusi sesi siaran langsung.
Bukan itu sahaja, riak wajah pelakon drama bersiri Bidaah itu jelas menunjukkan bahawa dirinya bahagia dan ceria dengan kehadiran keluarganya di sisi.
Tersentuh dengan perkongsian tersebut, rata-rata mendoakan agar pelakon itu terus dilimpahi kebahagiaan dan rezeki.
“Beruntunglah awak Fattah, tak semua bertuah dapat keluarga macam awak. Sentiasalah bersederhana dan bersedekahlah sebanyak-banyaknya. Moga awak berjaya dan bahagia dunia dan akhirat,” komen seorang netizen.
“Sokongan keluarga Fattah sangat kuat, bila anak ‘dibuang’ pasangan mak ayahlah yang menerima dan menjaga anaknya kembali,” kata seorang lagi netizen.-UTUSAN