Hasilkanlah filem, drama berlainan agar penonton tidak bosan - Utusan Malaysia

Hasilkanlah filem, drama berlainan agar penonton tidak bosan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pembikin drama dan filem tempatan perlu giat meneroka cerita yang berlainan untuk disajikan kepada penonton.

Kata Ketua Kandungan iQIYI Malaysia, Zebedee de costa, perkara itu membolehkan filem dan drama tersebut merantau dan diterima penonton di negara lain.

“Kami sebelum ini dikritik kerana menayangkan drama Rampas Cintaku yang mana jalan ceritanya sedikit ‘berani’.

“Tapi keberanian itulah yang kami mahukan agar drama itu diterima di negara lain.

“Dan percaturan itu berhasil apabila musim kedua drama itu ditonton lebih satu juta orang di China.

“Ia satu pencapaian yang membanggakan kerana bukan senang menarik orang luar menonton karya tempatan,” katanya kepada Utusan Malaysia, baru-baru ini.

Dalam masa yang sama, Zebeedee berpendapat kerjasama strategik antara pengendali platform over-the-top (OTT) dengan syarikat media dan penyiaran perlu diwujudkan agar potensi kandungan yang dihasilkan dapat dikembangkan pada tahap maksimum.

“Contoh, kami bekerjasama dengan Media Prima kerana kami yakin kandungan yang kami hasilkan bersifat malar segar dan perlu disasarkan kepada pasaran yang lebih besar.

“Tugas kami adalah beri penonton lebih pilihan dengan kandungan yang berlainan dengan apa yang sering mereka tonton di televisyen,” jelasnya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN