Harga RON97, Diesel turun 8 sen mulai esok

Harga RON97, Diesel turun 8 sen mulai esok

Harga runcit petrol RON97, diesel turun 8 sen.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Harga runcit petrol RON97 dan diesel di Semenanjung Malaysia masing-masing turun sebanyak 8 sen seliter bermula esok hingga 14 Mei ini.

Menurut Kementerian Kewangan, harga baharu RON97 ialah RM3.10 seliter, manakala diesel dijual pada RM2.80 seliter, selaras dengan penurunan harga pasaran minyak mentah dunia.

Harga runcit petrol RON95 pula kekal RM2.05 seliter, sementara harga diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada RM2.15 seliter.

“Kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaras harga runcit RON97 dan diesel dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak dan juga menyokong kestabilan harga.

“Kerajaan terus mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” menurut kenyataan itu hari ini.

Penetapan harga runcit produk petroleum dibuat secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN