Hampir seribu tokoh perfileman antarabangsa kecam perang Israel di Gaza - Utusan Malaysia

Hampir seribu tokoh perfileman antarabangsa kecam perang Israel di Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CANNES: Lebih 900 tokoh perfileman antarabangsa menandatangani satu petisyen mengecam tindakan Israel terhadap masyarakat Gaza serta kritik kepada industri perfileman yang dilihat berdiam diri.

Petisyen yang dinamakan ‘Artists for Fatem’ tersebut mula diedarkan menjelang Festival Filem Cannes di Perancis.

Inisiatif itu tercetus selepas wartawan foto Palestin, Fatima (“Fatem”) Hassouna dibunuh. Kisah Fatima menjadi subjek sebuah dokumentari yang ditayangkan buat pertama kali di Cannes.

Fatima Hassouna, 25, terbunuh dalam satu serangan udara Israel bersama 10 ahli keluarganya di rumah mereka di utara Gaza bulan lalu, sehari selepas dokumentari itu diumumkan sebagai sebahagian daripada pemilihan ACID Cannes iaitu kategori filem bebas.

Pelakon antarabangsa yang dilihat menandatangani petisyan itu ialah pelakon filem Schindler’s List, Ralph Fiennes, Rooney Mara, Jonathan Glazer, Pedro Almodóvar, Mark Ruffalo, Omar Sy dan Richard Gere.

Festival Filem Cannes 2025 berlangsung dari 13 hingga 24 Mei 2025 di Cannes, Perancis. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN