MELAKA: Penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam sistem pembayaran zakat secara dalam talian berupaya menarik lebih ramai umat Islam menunaikan kewajipan itu secara digital. Ketua Pengarah Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR), Datuk Selamat Paigo berkata, pendekatan itu antara cadangan baharu yang dibentangkan dalam Simposium Zakat 2025: Kelestarian Tatakelola Pengurusan Zakat (SiPZ25) yang berlangsung di Melaka. Katanya, penggunaan AI bukan hanya memudahkan transaksi, malah boleh ditambah elemen rohani dengan kehadiran…










