PETALING JAYA: Satu gempa bumi kuat dilaporkan melanda Pantai Utara Papua New Guinea pada pukul 11:06 malam semalam.
Jabatan Meteorologi (Met Malaysia) memaklumkan, gempa tersebut berukuran 6.3 magnitud.
“Kejadian berlaku di 3.6 darjah Selatan dan 144.8 darjah Timur dengan kedalaman 10 kilometer (KM).
“Ia terjadi 131 KM Timur dari Wewak, Papua New Guinea,” katanya.
Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami dilaporkan kepada Malaysia susulan kejadian itu. – UTUSAN