FAMA jangka pasar 500 tan duku Terengganu 

FAMA jangka pasar 500 tan duku Terengganu 

MUHAMAD Fadlee Hassan (kiri) mengiringi  Mohd. Unit A. Bakar mengagihkan buah-buahan tempatan kepada murid sewaktu Kempen Lebihkan Makan Buah-buahan dan Sayur-sayuran Tempatan Peringkat Negeri Terengganu di Sekolah Kebangsaan Seri Berang, Hulu Terengganu. - UTUSAN/ NOOR HAYATI MAMAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) menjangka membeli lebih 500 tan metrik duku daripada pekebun di negeri ini apabila tiba musim buah tersebut, Julai ini.

Pengarah FAMA Terengganu, Muhamad Fadlee Hassan berkata, pihaknya telah bersedia daripada aspek logistik bagi memasarkan hasil duku ke pasaran luar Terengganu khususnya di sekitar kawasan Lembah Klang, Johor dan Pulau Pinang.

“Duku merupakan komo­diti utama pengeluaran buahan bermusim di Terengganu dan menjelang ketibaan musimnya pada tahun ini tidak lama lagi, kita telah pun bersiap-sedia. FAMA akan beli duku sepertimana sebelum-sebelum ini untuk dipasarkan ke luar sekali gus membantu para pekebun. Kebiasaan duku Terengganu dapat dituai bermula sekitar akhir Julai atau awal Ogos.

“Kita belum dapat buat anggaran pengeluaran sepanjang musim tahun ini kerana pokok belum berputik atau berbunga lagi. Selepas itu baru boleh dianggarkan berapa jangkaan hasil serta nilai keluaran sekali gus menyusun gerak kerja logistik,” katanya selepas Kempen Lebihkan Makan Buah-buahan dan Sayur-sayuran Tempatan Peringkat Negeri Terengganu, di Sekolah Kebangsaan Seri Berang, di sini hari ini.

Majlis perasmian disempurnakan Ahli Lembaga Pengarah FAMA, Mohd. Unit A. Bakar dan pada program berkenaan turut diadakan jualan produk industri asas tani serta agihan 600 kit buah-buahan tempatan kepada pelajar dan guru.

Muhamad Fadlee, edaran  ke pasaran luar bukanlah semata-mata langkah mengelak lambakan tetapi sebenarnya menjadi satu bentuk promosi dan permintaan duku Terengganu sebenarnya cukup tinggi kerana rasanya lebih enak serta manis. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN