Ella bakal gegarkan konsert Berkat Gawai-Kaamatan! - Utusan Malaysia

Ella bakal gegarkan konsert Berkat Gawai-Kaamatan!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kejayaan penganjuran Konsert MeleTOP TVS Sabtu lalu bakal disusuli dengan Konsert Berkat Gawai – Kaamatan! Rabu ini.

Konsert yang akan menggegarkan Stadium Tertutup Miri, Sarawak itu nanti bakal mengetengahkan barisan penghibur terkemuka tempatan.

Antara yang paling dinantikan adalah persembahan istimewa daripada Ratu Rock, Ella selain kemunculan khas Bob Yusof, Ramles Walter, Dabra Sia, Velvet Aduk dan ramai lagi.

Turut akan menambah kemeriahan adalah kehadiran penyanyi berasal dari Kalimantan, Marina Jara.

Ketua Pegawai Media, Sarawak Media Group, Mohamad Sardon Zainal memaklumkan penganjuran konsert berskala besar itu adalah antara inisiatif untuk meraikan masyarakat Borneo sempena sambutan Hari Gawai dan Kaamatan.

“Miri adalah pintu masuk ke utara Sarawak yang berdekatan dengan Brunei, Sabah dan Kalimantan.

“Sambutan ulang tahun ke-20 Miri sebagai bandaraya adalah masa yang terbaik untuk meraikan rakyat dan budaya dalam skala besar,” katanya dalam kenyataan.

Konsert ini dijangka akan meneruskan kemeriahan yang dicetuskan konsert MeleTOP TVS minggu lalu.

Penonton Sabtu lepas berpeluang menyaksikan persembahan-persembahan hebat artis terkenal tanah air antaranya Dayang Nurfaizah, Hael Husaini, Stacy, Mimifly, Marsha Milan, Nadeera, Dolla dan ramai lagi.

Malam gilang gemilang itu juga menyaksikan Dayang diberikan penghormatan sebagai penerima sulung Anugerah Khas Borneo MeleTOP.

Turut menggamatkan suasana adalah Nabil Ahmad, Hawa Rizwana, Sherry Alhadad yang bergabung dengan Cheryl Toh, Fattah Bolh serta Ghaz Zawawi selaku hos konsert berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN