Dua premis, sebuah motosikal musnah kebakaran di Kampung Baru

Dua premis, sebuah motosikal musnah kebakaran di Kampung Baru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dua premis dan sebuah motosikal musnah dalam kebakaran di Jalan Raja Musa, Kampung Baru dekat sini, pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur menerima laporan kejadian pada pukul 7.15 pagi.

Komander operasi, Mohamad Riduan Akhyar berkata, tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Titiwangsa termasuk bantuan BBP Sentul dan BBP Jalan Tun Razak dikejarkan ke lokasi.

“Setibanya di lokasi pada pukul 7.22 pagi, kita mendapati kebakaran membabitkan sebuah kedai dan sebuah rumah. Kebakaran turut membabitkan sebuah motosikal yang musnah sepenuhnya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohamad Riduan berkata, operasi pemadaman dengan kekuatan 23 pegawai dan anggota berjaya mengawal kebakaran dalam tempoh 20 minit sebelum api dipadamkan sepenuhnya pada pukul 8.38 pagi.

Katanya, bangunan kedai musnah 100 peratus manakala kediaman pula musnah kira-kira 80 peratus.

Ujarnya, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kebakaran masih dalam siasatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN