Dua penuntut lemas, UniSZA keluar larangan aktiviti di air

Dua penuntut lemas, UniSZA keluar larangan aktiviti di air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menguatkuasakan larangan melakukan sebarang aktiviti riadah di kawasan air kepada semua penuntut universiti itu, berkuat kuasa serta-merta.

Notis larangan itu dikeluarkan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UniSZA susulan dua kejadian lemas yang mengorbankan dua penuntutnya di lokasi berbeza di Setiu dalam tempoh kurang seminggu.

“Semua mahasiswa UniSZA dilarang sama sekali terlibat dengan sebarang aktiviti rekreasi di kawasan perairan atas faktor keselamatan. Larangan ini berkuat kuasa sehingga makluman rasmi selanjutnya oleh pihak universiti,” menurut kenyataan itu.

Isnin lalu, seorang pelajar universiti itu, Wan Ahmad Irfan Wan Abdullah Thani, 24, maut manakala lima lagi rakannya hampir lemas ketika mandi di Lata Changkah, Setiu.

Semalam, seorang lagi pelajar, Abed Mifzal Azman, 22, ditemukan lemas selepas dihanyutkan kepala air ketika berkelah bersama enam rakan di Hutan Lipur Lata Payung, juga di Setiu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN