Dua mayat warga Singapura ditemukan mati disahkan suami isteri

Dua mayat warga Singapura ditemukan mati di inap desa disahkan suami isteri

RUSDI Mohd. Isa bersama pemberita selepas Program Kesejahteraan Komuniti Bandar Selamat 'PPR Bestari' Tahun 2025 di Dewan Serbaguna Taman Perumahan Desa Rejang, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan dua individu warga Singapura yang ditemukan mati dalam sebuah rumah inap di Taman Tayton View, Cheras, pagi kelmarin adalah pasangan suami isteri.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd. Isa berkata, siasatan mendapati punca kematian kedua-dua mangsa adalah kematian mengejut (SDR). 

“Kedua-dua mereka datang dan sewa homestay (inap desa). Punca kejadian masih dalam siasatan). 

“Keluarga mangsa telah dimaklumkan dan mayat kedua-duanya masih berada di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM),” katanya. 

Media semalam melaporkan seorang lelaki dan seorang wanita warga Singapura ditemukan mati dalam sebuah rumah inap di Taman Tayton View, Cheras, pagi kelmarin.

Kedua-dua mereka ditemukan mati dalam sebuah bilik di rumah inap itu yang kesemua ruang udara pada bahagian pintu dan tingkap ditutup dengan pita pelekat serta plastik sampah.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Aidil Bolhassan dilaporkan berkata, mayat lelaki berusia 43 tahun dan wanita berusia 33 tahun itu ditemukan pekerja rumah inap berkenaan yang memeriksa kediaman itu selepas si mati gagal dihubungi beberapa kali melalui panggilan telefon.

“Siasatan awal mendapati, tiada sebarang kecederaan luaran di bahagian tubuh badan si mati dan tiada sebarang unsur jenayah serta kedua-dua mereka lengkap berpakaian.

“Keadaan kedua-dua tubuh si mati yang masih belum diketahui status hubungannya didapati mulai mereput dan berbau busuk.

“Pemeriksaan lanjut di sekitar kawasan mayat ditemui mendapati pendingin hawa dan tingkap bilik dibalut dengan plastik sampah berwarna biru dan ditampal dengan pita pelekat,” katanya.

Aidil berkata, pihaknya turut menemukan pemanggang berbeku yang mempunyai sisa arang yang sudah dibakar selain dua kotak arang.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN