Dua lelaki warga emas maut nahas dua kenderaan - Utusan Malaysia

Dua lelaki warga emas maut nahas dua kenderaan

KEADAAN kereta Proton Saga dan Toyota Hilux terlibat kemalangan yang menyebabkan dua maut di Slim River. - UTUSAN/IHSAN JBPM PERAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANJUNG MALIM: Dua lelaki maut dalam kemalangan melibatkan dua buah kenderaan di Kuala Slim,  Slim River dekat sini hari ini.

Kedua-dua mangsa berusia 73 tahun merupakan pemandu dan penumpang kereta jenis Proton Saga selepas kereta mereka bertembung dengan kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kemalangan tersebut pada pukul 8.19 malam.

“Kemalangan menyebabkan pemandu dan penumpang kereta Proton Saga meninggal dunia di tempat kejadian makala pemandu Toyota Hilux dan empat lelaki warganegara Sri Lanka yang menaiki kenderaan tersebut mengalami kecederaan ringan.

“Polis menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan semua mangsa. Mangsa yang maut diserahkan pada polis untuk tindakan selanjutnya manakala mangsa yang cedera dihantar ke hospital,” katanya.

Menurutnya, punca kemalangan masih dalam siasatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN