Dua konsert besar gegarkan Miri Mei ini - Utusan Malaysia

Dua konsert besar gegarkan Miri Mei ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bandaraya Miri bakal menjadi tuan rumah kepada dua konsert mega yang pertama kali dianjurkan hasil kolaborasi antara dua stesen penyiaran terbesar negara, TVS dan Astro pada bulan ini.

Kedua-dua konsert tersebut, Konsert MeleTOP TVS dan Konsert Berkat Gawai-Kaamatan, akan berlangsung secara percuma di Stadium Tertutup Miri pada 17 dan 21 Mei ini.

Barisan artis popular tanah air seperti Dayang Nurfaizah, Hafiz Suip, Hael Husaini, Stacy, Dolla, Floor 88 dan Namie bakal menggegarkan pentas pada 17 Mei menerusi Konsert MeleTOP TVS.

Sementara itu, Konsert Berkat Gawai-Kaamatan yang berlangsung pada 21 Mei akan menampilkan ratu rock Malaysia, Ella bersama barisan artis lain seperti Bob Yusof, Velvet Aduk serta Marina Jara dari Kalimantan.

Menurut Menteri Pelancongan, Industri Kreatif & Seni Persembahan Sarawak (MTCP), Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah, konsert ini merupakan satu pencapaian besar kepada industri kreatif negara, khususnya di Sarawak.

“Inisiatif seperti ini bukan sahaja merancakkan industri hiburan tempatan, malah menjadi platform untuk mendedahkan orang ramai terhadap budaya tradisional Borneo dan muzik pop kontemporari.

“Kami berbangga dapat menyokong usaha ini yang bukan sahaja membawa impak positif kepada pelancongan dan ekonomi setempat, tetapi juga mengangkat bakat-bakat tempatan kepada peringkat lebih tinggi.

“Malah, acara berskala besar seperti ini dijangka menarik kehadiran pelancong dari dalam dan luar negara, termasuk dari Brunei dan Kalimantan,” katanya.

Tambahnya, konsert itu turut akan disiarkan kepada penonton di seluruh negara menerusi pelbagai platform

“Siaran langsung boleh ditonton menerusi saluran TVS, Astro ONE dan Sooka pada pukul 7.30 malam.

“Bagi yang terlepas menyaksikan secara langsung, siaran ulangan Konsert Berkat Gawai-Kaamatan akan disiarkan pada 31 Mei 2025, pukul 9 malam,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya