Dibantu gereja selepas dituduh scammer oleh pihak masjid, wanita mualaf mahu keluar Islam

Dibantu gereja selepas dituduh scammer oleh pihak masjid, wanita mualaf mahu keluar Islam

mualaf
Wanita mualaf yang mendakwa mahu keluar dari Islam selepas kesempitan hidup setelah ditinggalkan suami. Foto dari akaun tiktok bossariffpeter.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang wanita mualaf mengaku mahu keluar dari Islam ekoran kesempitan hidup selepas ditinggalkan suami dalam keadaan mengandung.

Dalam pengakuan yang dimuat naik di akaun Tiktok bernama bossariffpeter, wanita itu berkata, ekoran kesempitan hidup itu, dia cuba meminta bantuan dari pihak masjid tetapi telah dihalau kerana pihak pengurusan kata dia scammer.

@bossariffpeter

♬ original sound – Ariff Peter – Ariff Peter

Katanya, dia juga memohon bantuan daripada pihak zakat, itu pun gagal kerana syarat utama mesti ada suami.

Oleh itu katanya, lebih baik dia kembali kepada agama asal yang mana hidupnya tentu lebih baik.

“Saya rasa lebih baik saya balik agama (asal) saya. Hidup saya lebih baik.

“Saya tinggalkan keluarga saya, masuk Islam. Suami saya sebelum kahwin janji akan bagi saya hidup lebih baik.

“Saya masuk Islam baharu boleh kahwin. Kini selepas saya masuk Islam, selepas kahwin dan saya mengandung dia ada perempuan lain.

“Dia tinggalkan saya. Saya memang trauma dengan lelaki Melayu Malaysia.

“Saya tidak ada duit dan saya mengandung, susah mahu cari kerja. Siapa mahu ambil wanita mengandung bekerja,” tanya.

Wanita yang memaki bertudung merah itu memberitahu, kerana terdesak dia cuba mendapatkan bantuan dari masjid tetapi telah dihalau kerana mereka mengatakannya scammer.

“Tidak ada pilihan saya pergi minta pertolongan dari masjid tetapi orang masjid ingat saya scammer, dia halau, tidak peduli.

“Saya cuba minta tolong dari zakat, tetapi zakat cakap saya kena ada suami itu kemestian.

“Suami sudah tinggalkan saya. Dia pergi mana pun saya tidak tahu. Saya sudah pening tidak tahu macam mana dan siapa nak tolong.

“Pilihan terakhir saya pergi ke gereja minta tolong. Mereka sedia tolong saya. Mereka tampung keperluan hidup saya. Mereka lebih baik berbanding masjid dan zakat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN