DAP tidak campur urusan dalaman parti lain

DAP tidak campur urusan dalaman parti lain

ANTHONY Loke Siew Fook beramah mesra dengan pelajar cemerlang di Seremban, Negeri Sembilan. UTUSAN/NUR SHARIEZA ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: DAP berpendirian tidak mencampuri urusan dalaman parti komponen lain, termasuk berkaitan peletakan jawatan dua menteri daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta keputusan Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz yang keluar daripada UMNO dan menyatakan hasrat menyertai PKR.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, perkara itu bukan di bawah bidang kuasa DAP, justeru pihaknya tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan mengenainya.

“Isu ini adalah urusan dalaman PKR. Pelantikan atau pengisian jawatan yang kosong membabitkan dua menteri dari PKR hasil pemilihan parti mereka sendiri. Jadi DAP tidak masuk campur dan saya percaya itu adalah pendekatan terbaik untuk elak kekeliruan atau ketegangan,” katanya.

Anthony yang juga Menteri Pengangkutan berkata demikian ketika diminta mengulas isu peletakan jawatan Menteri Ekonomi, Datuk Seri Mohd. Rafizi Ramli dan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad serta tindakan Tengku Zafrul keluar daripada UMNO.

Anthony turut menasihatkan para pemimpin Kerajaan Perpaduan tidak memberi tekanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung isu tersebut.

“Saya yakin Perdana Menteri akan membuat keputusan yang bijak berdasarkan pertimbangan yang menyeluruh. Beliau mempunyai budi bicara untuk menentukan langkah seterusnya sekiranya berlaku kekosongan dalam kabinet,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN