‘Dah kaya pun, Atikah Suhaime tetap masak ketika bercuti’ - Utusan Malaysia

‘Dah kaya pun, Atikah Suhaime tetap masak ketika bercuti’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sikap merendah diri dan bersederhana, pelakon, Datin Atikah Suhaime terus menjadi perhatian dalam kalangan warganet apatah lagi selepas melihat gelagatnya memasak sewaktu bercuti di Janda Baik, Pahang.

Menurut Atikah, dia lebih gemar menyediakan juadah makanan yang lengkap buat ahli keluarga sekiranya suaminya, Datuk Lokman Teh menempah sebuah villa yang mempunyai kelengkapan untuk memasak.

“Memandangkan saya masih tidak boleh ke luar negara sebab Mulan masih bayi, suami saya rajin bawa saya bercuti di Janda Baik.

“Saya suka masak-masak macam ini jika suami saya sewa villa. Hari biasa saya sibuk dan tidak masak. Suami rindu air tangan kita. Kalau mama ada lebih sedap masak,” katanya menerusi sebuah hantaran di TikTok.

Dalam hantaran sama, turut berkongsi momen ketika dirinya memasak tiga juadah yang menyelerakan iaitu, sup ekor, ayam masak kicap dan sayur goreng sambil mengendong puteri kesayangannya, Lyla Mulan Teh.

Melihat kehandalan pelakon itu memasak, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respons yang rata-ratanya kagum dengan kerajinan Atikah dalam perihal memasak.

“Dia kaya, pergi bercuti pun masak. Kalau aku tak i ingin, memang makan luar saja bila bercuti,” komen seorang netizen.

“Dia datin,tapi sikit pun tidak sombong dengan gelaran itu. Siap dukung anak sambil masak. Sangat kagum dengan dia,” kata seorang lagi netizen.

“Suami kaya, tapi nak juga air tangan isteri masak. Atikah bercuti sangat merendah diri,” komen seorang pengguna media sosial.

Terdahulu, Atikah mendirikan rumah tangga dengan Ketua Pegawai Eksekutif Zaitun, Datuk Lokman Teh pada 21 Januari 2024.

Hasil perkahwinan tersebut, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Lyla Mulan Teh.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN