Bot TLDM hilang kawalan langgar bot pelancong ketika latihan LIMA’25

Bot TLDM hilang kawalan langgar bot pelancong ketika latihan LIMA’25

TANGKAP layar video bot pemintas TLDM yang merempuh sebuah bot pelancong dipercayai akibat hilang kawalan di Teluk Baru, Langkawi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Bot pemintas milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) didakwa hilang kawalan dan melanggar sebuah bot pelancong yang berlabuh di Jeti Teluk Baru, di sini petang ini.

Difahamkan, insiden terbabit berlaku ketika sesi latihan segmen maritim oleh TLDM sempena Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2025 (LIMA’25).

Dalam beberapa video yang tular, bot tertera bendera TLDM dilihat tidak dikendalikan oleh jurumudinya sebelum merempuh bot pelancong dan terbabas ke bahagian daratan.

Bagaimanapun, terdapat dua anggota yang berada di sisi kiri dan kanan bot terbabit yang meluncur laju ketika kejadian.

Kejadian turut disaksikan sekumpulan orang awam yang berada berhampiran lokasi latihan itu dan turut merakam insiden terbabit.

Setakat ini, Utusan Malaysia dimaklumkan bahawa kejadian tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa dan bot pelancong berkenaan juga tiada penumpang sewaktu kejadian.

Usaha mendapatkan pengesahan dan maklumat lanjut daripada pihak berkuasa sedang dilakukan terutama Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ini adalah insiden kedua sempena LIMA’25 melibatkan pasukan keselamatan negara selepas pesawat Hawk milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terbabas akibat mengalami kerosakan gear pendaratan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH), minggu lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN