Billie Eilish sapu tujuh anugerah AMAs 2025 - Utusan Malaysia

Billie Eilish sapu tujuh anugerah AMAs 2025

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LAS VEGAS : Penyanyi antarabangsa, Billie Eilish mencatat sejarah di American Music Awards (AMAs) 2025 dengan menyapu bersih tujuh kategori yang dinominasikan, termasuk penghargaan tertinggi, Artist of the Year.

Kemenangan itu menyaksikan Billie menggenggam anugerah untuk kategori Album Terbaik (Hit Me Hard And Soft),Lagu Terbaik (Birds of Feather), Artis Tour Popular, Artis Pop Wanita Popular, Album Pop Popular dan Lagu Pop Popular.

“Ini sangat gila. Saya hilang kata-kata. Saya harap boleh berada di sana,” kata Eilish dalam paparan video ditayangkan.

Eilish kini berada Eropah dalam siri jelajahnya.

Album Hit Me Hard and Soft pernah berada di tangga kedua carta Billboard 200, menjadikannya album studio pertamanya tidak menduduki tempat pertama.

Sebelum ini juga Eilish pernah menuai kehampaan apabila pulang dengan tangan kosong di Anugerah Grammy 2025 meskipun namanya tersenarai dalam tujuh kategori.

Sementara itu, Lady Gaga dan Bruno Mars diiktiraf menerusi kolaborasi lagu Die With a Smile dengan membawa pulang trofi Video Muzik Kegemaran dan Kolaborasi Terbaik Tahun Ini.

Gaga juga diumumkan sebagai Artis Dance/Elektronik Kegemaran. Ini adalah kemenangan kedua penyanyi sensasi itu dalam kategori berkenaan, manakala Mars sekali lagi memenangi trofi Artis Pop Lelaki Kegemaran untuk kali ketiga.

Seterusnya, Post Malone, SZA, The Weeknd, Bad Bunny, Beyonce, Eminem dan Twenty One Pilots membawa pulang dua anugerah.

Taylor Swift yang memegang rekod sebagai penerima terbanyak AMA dengan 40 anugerah tidak menambah koleksi tahun ini walaupun menerima enam pencalonan.

Artis lain yang turut pulang tangan kosong walaupun dicalonkan dalam banyak kategori termasuklah Chappell Roan dan Shaboozey, masing-masing dengan tujuh pencalonan serta Sabrina Carpenter (enam pencalonan).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN