Berkepit sahaja, elok kahwin cepat - Utusan Malaysia

Berkepit sahaja, elok kahwin cepat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Naik menyampah juga Cik Bunga dengan pasangan pelakon berusia 50-an ini. Yang seorang janda, yang seorang lagi teruna terlajak tak pernah kahwin-kahwin. 

Cik Bunga bukan hendak mengejek pasal tidak kahwin-kahwin itu, jangan salah faham. Cuma, apabila ramai beritahu pasangan ini sejak bercinta asyik berkepit 24 jam berdua, ia sudah jadi bahan bualan ramai di belakang tabir. 

Apabila ditanya, masing-masing mena kan bercinta, berkawan sahaja. Tak akanlah orang tidak boleh baca gerak bahasa tubuh masing-masing yang memang menggambarkan awak berdua sedang hangat bercinta. Kalau hendak bohong pun agak-agaklah. 

Lagi satu, mahu bohong pun untuk apa? Kalau bercinta pun tidak salah. Bukannya yang perempuan itu isteri orang atau yang lelaki itu sudah berkahwin. 

Yang tidak manis dan tidak elok itu, apabila dua-dua pasangan senior ini asyik ke hulu ke hilir berdua macam suami isteri walhal nikah pun belum lagi. Dengar kata, ada yang pernah tegur, tetapi yang ditegur itu pula marah orang yang menegur. 

Katanya penyibuklah, busybodylah. Tidak patutlah begitu, tak akanlah tidak malu dengan anak-anak sendiri? 

Contoh apa yang hendak diberikan kepada mereka? Pening kepala Cik Bunga. Ada juga manusia begini, sudah tua pun tak bijak-bijak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN