Bekas TYT Sabah meninggal dunia

Bekas TYT Sabah meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Ahmadshah Abdullah meninggal dunia pada usia 78 tahun.

Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Seri Safar Untong dalam kenyataan berkata, Allahyarham meninggal dunia pada pukul 8.45 malam Selasa.

Allahyarham meninggal dunia di Hospital KPJ di Kota Kinabalu di sisi ahli keluarga.

Katanya, Kerajaan Negeri mengumumkan tempoh berkabung rasmi selama satu hari dan bendera negeri Sabah dikibarkan separuh tiang selama tempoh tersebut.

Ahmadshah ialah Yang Dipertua Negeri kesembilan dan berkhidmat dari 1 Januari 1995 hingga 31 Disember 2002.

Jenazah Allahyarham dijangka dibawa ke Masjid Negeri Sabah untuk penghormatan terakhir bermula pukul 10 pagi ini sebelum disolatkan selepas Zuhur nanti dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Inanam Laut, Sabah.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN