Bekas bapa mentua masuk melamar

Bekas bapa mentua masuk melamar

korban
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Bekas bapa mentua masuk melamar

SOALAN
Saya baru kematian suami lebih kurang setahun lepas.Tapi bekas bapa mentua saya ingin mengambil saya sebagai isterinya yang kedua. Apakah pandangan Islam dalam kes saya ini.Saya ada dua anak daripada bekas suami.

Raudhah
Ingin kepastian

JAWAPAN
Tidak boleh berkahwin dengan bekas bapa mentua kerana dia sabit mahramnya secara musaharah.

Solat qasar dan jamak sebab musafir tengok bola sepak

SOALAN
Saya selalu menonton perlawanan bola sepak menyebabkan saya bermusafir. Adakah saya boleh melakukan jamak dan qasar dan apakah hukumnya?

Rahmat Asli
Pontian

JAWAPAN
Isu ini menjadi khilaf dalam kalangan ustaz-ustaz kita antara harus tidak harus. Pada pandangan saya, isu menonton bola ada perkara khilaf dalam kalangan ulama maka pada saya, insya-Allah boleh dilakukan solat jamak dan qasar ketika bermusafir menonton bola untuk mengelak meninggalkan solat secara keseluruhan.

Haram solat waktu tertentu

SOALAN
Mengapa kita tidak dibenarkan solat pada waktu-waktu tertentu iaitu selepas Subuh dan Asar. Mengapa tidak boleh solat walaupun untuk solat qada fardu?

Johan Ariffin
Temerloh

JAWAPAN
Kita tidak dibenarkan solat pada lima waktu yang diharamkan kerana ia merupakan arahan syarak dan mempunyai makna mengelak daripada waktu-waktu wujudnya syaitan.

 

Orang ramai boleh mengemukakan soalan kepada Ustaz Fauwaz Fadzil dengan menghantar e-mel kepada [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN