Bapa, anak perempuan maut kereta dinaiki jatuh gaung

Bapa, anak perempuan maut kereta dinaiki jatuh gaung

ANGGOTA bomba mengeluarkan mangsa yang terbabit kemalangan di Jalan Segamat-Labis berhampiran Kampung Kwongsai di Segamat petang semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEGAMAT: Bapa dan seorang anak perempuannya maut selepas kereta pacuan empat roda dinaiki bersama empat ahli keluarga yang lain terbabas lalu terjatuh ke dalam gaung.

Kejadian berlaku berhampiran Kampung Kwongsai, Jalan Segamat-Labis, di sini petang semalam.

Mangsa, Mohd. Fitri Md. Said, 37, dan anaknya, Nurin Insyirah, 9, meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah.

Isterinya, Nurain Farhana Johari, 32, serta tiga lagi anak mereka, Muhammad Zikri, 11,  Nur Husna, 4, dan Nur Atiya, 2, mengalami kecederaan.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Segamat, Pegawai Bomba Kanan II, Zainal Abidin Che Deraman berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai nahas itu pada pukul 6.47 petang.

“Setibanya di tempat kejadian, didapati berlaku kemalangan jalan raya melibatkan sebuah Toyota Hilux yang terbabas lalu jatuh ke dalam gaung kira-kira lima meter.

“Pihak bomba menggunakan hydraulic ramp dan lain-lain peralatan khas bagi menstabilkan kenderaan untuk mengeluarkan mangsa yang berada di bawah kenderaan tersebut.

“Terdapat tiga orang mangsa yang merupakan isteri serta anak mangsa mengalami kecederaan telah keluar sendiri dari kenderaan dan dibawa ke hospital sebelum pihak bomba tiba,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, dua lagi mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan dan mayat mereka diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN