Balas Balik bukan filem penyiasatan jenayah ‘klise’ - Utusan Malaysia

Balas Balik bukan filem penyiasatan jenayah ‘klise’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Muncul dengan genre penyiasatan jenayah, filem, Balas Balik arahan Feroz Kader bakal menggegarkan pawagam bermula pada 29 Mei ini.

Menurut Feroz, naskhah filemnya yang ketiga itu bukanlah sebuah filem kepolisan ‘klise’ sebaliknya, membawa bersama nilai suspens dan dramatik sebagai taruhan.

“Bila filem genre begini, jalan cerita sangat penting. Kami fokus dalam penghasilan skrip. Tiga bulan juga saya ambil masa, berbincang dan tulis. 

“Penerbit mahukan kelainan dan saya pun suka. Dari awal, Balas Balik memang asalnya filem bukan drama,” katanya.

Dalam pada itu, pengarah prolifik itu turut menerapkan jalan cerita yang mempunyai mesej atau kesedaran buat penonton selari dengan antusiasinya dalam berkarya.

“Penonton boleh hubung kait konsep sebegini dengan filem-filem penyiasatan Hollywood. Kami kena pastikan setiap babak ada motif supaya penonton kekal dalam momentum sehingga bertemu jawapan di hujung cerita.

“Nak kekalkan adrenalin, rasa ingin tahu sepanjang cerita dan babak-babak itu sangat penting. The hidden point perlu kemas. 

“Kalau cerita hantu kena ada jumpscare, filem ini terletak kepada nilai suspens. Itu yang jadi kata kunci yang pegang, gam perhatian penonton sampai habis. Penonton kena seronok,” katanya yang tetap menerapkan mesej dalam berkarya.

Menampilkan aktor popular, Shukri Yahaya sebagai penggerak naratif, naskhah ini berkisarkan tentang seorang detektif khas, Detektif Zul ditugaskan menyelesaikan ‘puzzle’ penyiasatan kes kematian mengejut seorang CEO.

Selain Shukri, Feroz juga yakin barisan pelakon yang membintangi filem tersebut memainkan peranan penting dalam menghidupkan jalan cerita karya terbitan Shaibha Vision Entertainment itu.

Filem tersebut bakal merungkai kebenaran disebalik kematian seorang CEO sebuah syarikat telekomunikasi, Datuk Roslan yang pada mulanya diklasifikasikan kes bunuh diri.

Filem tersebut turut dibintangi Tony Eusoff, Marisa Yasmin, Zarul Umbrella, Adam Lee, Meor Mohd, Razman Mahayudin, Josiah Lim dan Maisara Sufia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya